Tuesday, 14 January 2014

TG Dato' Dr Johari Mat

Kangkung PM

Menanam Kangkung PM[1]
Oleh : TvUlamaKelantan (@TvUK)
Kangkung  adalah sejenis sayur yang boleh ditanam dengan mudah dan sepanjang tahun. Selain dari memberi zat-zat sayur kepada kita, kangkung juga boleh menjaga kesihatan mata dari sudut sains perubatan, InsyaAllah.


Dalil Bercucuk-tanam itu Sunnah.
Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم:
فَلاَ يَغْرِسُ الْمُسْلِمُ غَرْسًا فَيَأْكُلَ مِنْهُ إِنْسَانٌ وَ لاَ دَابَّةٌ وَ لاَ طَيْرٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Ertinya : “Tidaklah seseorang Muslim menanam  tanaman (sayur-sayuran,) lalu tanaman itu dimakan oleh manusia, binatang merangkak atau burung, melainkan  tanaman itu menjadi sedekah baginya sehingga ke hari kiamat.” [HR.Bukhari dan Muslim]

Bercucuk tanam boleh memberi faedah dunia dan akhirat jika memahaminya. Faedah dunia ialah kita dapat  memberi makan kepada manusia atau haiwan serta memproses udara supaya menjadi lebih sihat. Dari sudut ad-Din pula, bercucuk  tanam  boleh menjadi  sedekah sepertimana jelasnya hadis di atas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah berkata ‘’ Bercucuk-tanam adalah satu Ibadah ’’.

Penyediaan tanah dan cara tanam.
Akar kangkung adalah pendek, maka cukup dengan menggali dan meracak tanah sedalam 15-21 cm sahaja. Baja pra kampung [2] perlu digaulkan dengan keseluruhan tanah yang telah digali dan digemburkan 4-5 hari yang selepasnya [3] Taburkan benih atau biji kangkung ditempat yang disediakan atau tanam antara jarak baris 15 cm. Kemudian  kambus sedalam 2-3 cm bagi menenggelamkan bijian tersebut. Seterusnya, ia perlu disiram bagi melembap serta membasahkan benih. Kangkung akan mula tumbuh dalam masa 3-4 hari, Insya Allah.

Andainya tiada tempat untuk menanam, kangkung bolehlah ditanam di dalam tayar kereta lama atau pasu. Tanah yang disediakan di dalam pasu perlu dicampur dengan pereputan daun. Taburkan benih, dan kambus dengan tanah sedalam 2-3 cm, lalu disiram dengan air.
  • Jika kita inginkan benih kangkung tumbuh dengan lebih cepat, ia perlu direndam di dalam air selama 6-8 jam sebelum ditabur ke dalam pasu atau tempat (tanah) yang ingin ditanam .
Penjagaan & Rawat
  1. Pastikan sentiasa tiada tumbuhan lain yang boleh menyedut baja kangkung dengan mencabut (rumput dan tumbuhan lain menggunakan tangan). Kangkung juga harus dsiram setiap pagi dan petang.
  2. Untuk kesuburan kangkung dan menjadikannya lebih besar serta tegap, bolehlah dibubuh baja sains pertanian formula 15-15-15 sekadar 1 sudu besar untuk keluasan kawasan 1  meter persegi, atau gunakan baja sayur yang ada dijual di pasar mengikut sukatannya. Selepas membubuh baja, kangkung mestilah disiram air. Jika tidak, kangkung boleh musnah kerana terlebih baja.
  3. Baja sains pertanian formula 15-15-15 perlu dibubuh setiap 10-15 hari. Elakkan dari membubuh baja tersebut, selama 5-7 hari sebelum dipetik.
Petik & Ambil Makan.
InsyaAllah kangkung sedia dipetik, diambil makan dan dimasak apabila umurnya melepasi 25 hingga 30 hari (tiga minggu insya Allah). والله أعلم

Selamat menjaga kesihatan dengan memakan sayuran tanaman sendiri

“Bertani Adalah satu Ibadah” -TGNA.





[1] Makalah ini buat sebagai kenangan kpd PM (Kangkung Turun HARGA)
[2] Tahi lembu kering atau tahi kambing hancur, daun-daun kayu hancur, sisa bakaran sampah yang bukan kaca, plastik dan besi (plastik dan kaca boleh merosakkan tanah tanaman)
[3] Maknanya tanah yang telah digemburkan memerlukan pancaran cahaya mata hari terlebih dahulu.