Oleh : TvUlamaKelantan
(@TvUK)
 |
Kangkung adalah sejenis sayur yang boleh ditanam
dengan mudah dan sepanjang tahun. Selain dari memberi zat-zat sayur kepada kita,
kangkung juga boleh menjaga kesihatan mata dari sudut sains perubatan,
InsyaAllah.
Dalil Bercucuk-tanam itu Sunnah.
Sabda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
|
فَلاَ
يَغْرِسُ الْمُسْلِمُ غَرْسًا فَيَأْكُلَ مِنْهُ إِنْسَانٌ وَ لاَ دَابَّةٌ وَ لاَ
طَيْرٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Ertinya : “Tidaklah
seseorang Muslim menanam tanaman
(sayur-sayuran,) lalu tanaman itu dimakan oleh manusia, binatang merangkak atau
burung, melainkan tanaman itu menjadi
sedekah baginya sehingga ke hari kiamat.” [HR.Bukhari dan Muslim]
Bercucuk tanam boleh
memberi faedah dunia dan akhirat jika memahaminya. Faedah dunia ialah kita dapat
memberi makan kepada manusia atau haiwan
serta memproses udara supaya menjadi lebih sihat. Dari sudut ad-Din pula, bercucuk tanam boleh
menjadi sedekah sepertimana jelasnya
hadis di atas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah berkata ‘’ Bercucuk-tanam
adalah satu Ibadah ’’.
Penyediaan
tanah dan cara tanam.
Akar
kangkung adalah pendek, maka cukup dengan menggali dan meracak tanah sedalam
15-21 cm sahaja. Baja pra kampung [2] perlu
digaulkan dengan keseluruhan tanah yang telah digali dan digemburkan 4-5 hari yang
selepasnya [3] Taburkan benih
atau biji kangkung ditempat yang disediakan atau tanam antara jarak baris 15 cm.
Kemudian kambus sedalam 2-3 cm bagi menenggelamkan
bijian tersebut. Seterusnya, ia perlu disiram bagi melembap serta membasahkan benih.
Kangkung akan mula tumbuh dalam masa 3-4 hari, Insya Allah.
Andainya tiada
tempat untuk menanam, kangkung bolehlah ditanam di dalam tayar kereta lama atau
pasu. Tanah yang disediakan di dalam pasu perlu dicampur dengan pereputan daun.
Taburkan benih, dan kambus dengan tanah sedalam 2-3 cm, lalu disiram dengan air.
- Jika kita inginkan benih kangkung tumbuh dengan
lebih cepat, ia perlu direndam di dalam air selama 6-8 jam sebelum ditabur
ke dalam pasu atau tempat (tanah) yang ingin ditanam .
Penjagaan & Rawat
- Pastikan sentiasa tiada tumbuhan lain yang
boleh menyedut baja kangkung dengan mencabut (rumput dan tumbuhan lain
menggunakan tangan). Kangkung juga harus dsiram setiap pagi dan petang.
- Untuk kesuburan kangkung dan menjadikannya
lebih besar serta tegap, bolehlah dibubuh baja sains pertanian formula
15-15-15 sekadar 1 sudu besar untuk keluasan kawasan 1 meter persegi, atau gunakan baja sayur
yang ada dijual di pasar mengikut sukatannya. Selepas membubuh baja,
kangkung mestilah disiram air. Jika tidak, kangkung boleh musnah kerana terlebih
baja.
- Baja sains pertanian formula 15-15-15
perlu dibubuh setiap 10-15 hari. Elakkan dari membubuh baja tersebut, selama
5-7 hari sebelum dipetik.
Petik & Ambil Makan.
InsyaAllah kangkung sedia dipetik, diambil
makan dan dimasak apabila umurnya melepasi 25 hingga 30 hari (tiga minggu insya
Allah). والله أعلم
Selamat menjaga kesihatan dengan memakan sayuran tanaman sendiri
“Bertani
Adalah satu
Ibadah” -TGNA.