Haddamah, Antaranya ; Agama Sesat Syiah dan Islam Liberal.
Apabila tarbiah tidak kukuh, maka sukarlah kita mendepani pemikiran-pemikiran haddamah yang menlanda di dalam masyarakat dan PAS. Hal ini saya ingin nyatakan dalam kertas ini (iaitu buku ucaptama KDUPP - Ust. Dato' Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia, Kedah 2013) ada menyebut sebagai contoh;Alaf baru haddamah : liberal dan juga syiah ini, merupakan pemikiran baru yg dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam di Malaysia yang sepatutnya hanya berteraskan Kitabullah (alQuran), asSunnah Rasul (alHadis), al-Ijma' dan al-Qias seperti yang ditetapkan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Tetapi kenapa hal-hal seperti pemikiran haddamah yang merosakkan aqidah umat Islam seperti Liberal dan Syiah ini boleh masuk..? Kenapa dan bagaimana.?
Maka ini, menjadi tanggungjawab kita semua ahli PAS yang bukan sahaja ulama, untuk membersihkan pemikiran ini dari berada di dalam PAS yang berteraskan ajaran al-quran dan sunnah seperti yang digariskan ahlus sunnah wal jamaah.
Kita sayang kepada PAS, kerana PAS ingin memperjuangkan ajaran Islam seperti yang digariskan Nabi صلى الله عليه وسلم . Kita sayang kepada sahabat kita, supaya jangan lari kepada Islam yang sebenar dan kita juga sayang kepada seluruh ummah agar kita bersama mereka di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Dihadapan kita adalah ummah, tanpa mengira pati PAS atau bukan PAS yang menjadi tanggungjawab kita semua untuk membersihkannya agar selamat dunia akhirat, hendaknya. والله أعلم.
Oleh : YB Senator Dato' Dr Johari Mat
-Ahli Dewan Negara -AJK Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP)
-Ketua Penerangan & Dakwah Dewan Ulama PAS Kelantan (DUPNK)
Sebtember 2013
@AS, ICT-DUPNK
@AS, ICT-DUPNK