Wednesday, 27 June 2018

فقه الدعاء وتفسير أيات الرقية
Fiqhud Doa' watTasir ayatur Ruqyah

(fikah doa dan tafsir ayat-ayat penyembuh dari sakit mental)

Oleh  YBhg TG Dato' Dr Johari Mat
Penulis Dr. Nik Siti Hanifah Nik Ahmad


Kalimah Allah yang sempurna ialah semua kitab-kitab Allah yang diturun dari langit termasuk juga alQuran yang maha sempurna, kita kena betul-betul beriman dengan alQuran ini, kalau tidak tidak sembuh penyakit ini, kalau baca sahaja ayat ruqyah atau doa-doa tidak terjemah dia tidak akan faham, kalau baca dengan faham mudah lari hantu syaitan yang dok dalam perut. hantu syaitan pun takut kerana dia faham, orang pun takut pada hukum Allah.

Selagi tidak ikut alQuran, tidak ikut alHadith, tidak ikut Islam tidak sembuh penyakit kita ini, kerana firman Allah dalam al-Isra 82
 
Ertinya:
Dan kami turunkan alQuran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..

penawar untuk orang mu'mim......
sembuh untuk orang mu'mim.....
Syifa' untuk orang mu'minin....
oleh itu politik pun kena mu'minin juga.




koliksi ilmu merawat sakit jiwa
Abd.Halim Yoosoh @Ust3A.
Media ilmuan Kelantan
link;-
https://www.youtube.com/watch?v=tXEWyjlo8XA

Thursday, 26 April 2018

Bismillah, Cari duit sikit...! utk up @pengurusan Media Dakwah dialam maya atau dunia online.

HUBUNGI~
019 987 4904 (Urusan IT-Media ilmuan Kota Bharu Kelantan)
014 794 4904 (Ust.AbuNik A.Azzam -Pengasas Media ilmuan Kel)

Kami menyediakan perkhidmatan rakaman video bagi majlis rasmi;- 

~ Kuliyah-2 agama, pengisian-2 ilmiyah bisnis dan politik.
~ buat klip vedio utk simpanan sejarah anda.
~ pertunangan, perkahwinan, kenduri aqiqah.
~ majlis rumah terbuka atau semua majlis yang halal bukan maksiat 

contoh : klik 3 link berikut;-
 1-
 2-https://youtu.be/wBZBfId1jHo
 3-https://youtu.be/Zg1DrBqW5ho

 ~dengan caj harga yang sangat murah bersesuaian dengan semua taraf hidup masyarakat. Hasil rakaman ini akan dimuat turunkan kedalam bentuk VCD, DVD, HDD, YouTube dan FB setelah disunting atau edit.

KADAR HARGA RAKAMAN VIDEO

@. Kuliah Makhrib ( kos RM 53 )
@. Kuliah Suboh ( kos RM 73 )
@. Kuliah pengisian satu jam (RM 93 )
@. Majlis pertunangan ( kos masa 1 hari ) RM 203
@. Majlis perkahwinan ( kos masa 2 hari ) RM 403
@. Majlis kenduri ( kos masa 1 hari ) RM 203
@. Majlis rumah terbuka ( kos masa 1 hari ) RM 203

** Harga boleh di runding
** Kadar harga ini adalah bagi lokasi (Kota Bharu, Pasit Putih atau yang perjalanan tidak melebihi 30 min dari Kota Bharu Kelantan)

TERMA BAYARAN
Tempahan sebagai tanda persetujuan adalah sebanyak 30 % daripada kadar harga hendaklah di jelaskan dalam bentuk tunai atau Transfer online kepada

CIMB Islamic Bank ;-
nama akaun ; Markaz Abhasul Iman 
no akaun ; 8602 9596 87

*sebelum majlis sekurang-2nya satu (1) hari lebih awal.
*Manakala baki bayaran hendaklah dijelaskan apabila serahan VCD / DVD dan upload ke FB, YouTube yang telah siap.

 TEMPOH SIAP HASIL RAKAMAN > 5-10 hari dari tarikh majlis rasmi

 SILA HUBUNGI~

019 987 4904  (Urusan IT Media ilmuan)
014 794 4904  (Wasap Ust.AbuNik A.Azzam -Pengasas)

Wednesday, 25 April 2018

Zikir Pgi Petang

muat turun doa dan zikir;- https://mail.google.com/mail/u/0/#advanced-search/subset=all&within=1d&sizeoperator=s_sl&sizeunit=s_smb/162ff63e0038a78b?projector=1&messagePartId=0.1

Saturday, 4 October 2014

Khutbah Aidul Fitri 1435 H


KHUTBAH AIDIL FITRI 1435 H 

(Oleh: Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan (DUPNK)


Silahlah klik link berikut untuk download:- 

Link Khutbah (1) 
Link Khutbah (2) 


KHUTBAH IDUL ADHA 1435 H.

KHUTBAH IDuL Adha 1435 H 

(Oleh: Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan (DUPNK)


Silahlah klik link berikut untuk download:- 
Link Khutbah (1) 
Link Khutbah (2) 
Link Khutbah TG Hj Abdulhadi Awang



Tuesday, 14 January 2014

TG Dato' Dr Johari Mat

Kangkung PM

Menanam Kangkung PM[1]
Oleh : TvUlamaKelantan (@TvUK)
Kangkung  adalah sejenis sayur yang boleh ditanam dengan mudah dan sepanjang tahun. Selain dari memberi zat-zat sayur kepada kita, kangkung juga boleh menjaga kesihatan mata dari sudut sains perubatan, InsyaAllah.


Dalil Bercucuk-tanam itu Sunnah.
Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم:
فَلاَ يَغْرِسُ الْمُسْلِمُ غَرْسًا فَيَأْكُلَ مِنْهُ إِنْسَانٌ وَ لاَ دَابَّةٌ وَ لاَ طَيْرٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Ertinya : “Tidaklah seseorang Muslim menanam  tanaman (sayur-sayuran,) lalu tanaman itu dimakan oleh manusia, binatang merangkak atau burung, melainkan  tanaman itu menjadi sedekah baginya sehingga ke hari kiamat.” [HR.Bukhari dan Muslim]

Bercucuk tanam boleh memberi faedah dunia dan akhirat jika memahaminya. Faedah dunia ialah kita dapat  memberi makan kepada manusia atau haiwan serta memproses udara supaya menjadi lebih sihat. Dari sudut ad-Din pula, bercucuk  tanam  boleh menjadi  sedekah sepertimana jelasnya hadis di atas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah berkata ‘’ Bercucuk-tanam adalah satu Ibadah ’’.

Penyediaan tanah dan cara tanam.
Akar kangkung adalah pendek, maka cukup dengan menggali dan meracak tanah sedalam 15-21 cm sahaja. Baja pra kampung [2] perlu digaulkan dengan keseluruhan tanah yang telah digali dan digemburkan 4-5 hari yang selepasnya [3] Taburkan benih atau biji kangkung ditempat yang disediakan atau tanam antara jarak baris 15 cm. Kemudian  kambus sedalam 2-3 cm bagi menenggelamkan bijian tersebut. Seterusnya, ia perlu disiram bagi melembap serta membasahkan benih. Kangkung akan mula tumbuh dalam masa 3-4 hari, Insya Allah.

Andainya tiada tempat untuk menanam, kangkung bolehlah ditanam di dalam tayar kereta lama atau pasu. Tanah yang disediakan di dalam pasu perlu dicampur dengan pereputan daun. Taburkan benih, dan kambus dengan tanah sedalam 2-3 cm, lalu disiram dengan air.
  • Jika kita inginkan benih kangkung tumbuh dengan lebih cepat, ia perlu direndam di dalam air selama 6-8 jam sebelum ditabur ke dalam pasu atau tempat (tanah) yang ingin ditanam .
Penjagaan & Rawat
  1. Pastikan sentiasa tiada tumbuhan lain yang boleh menyedut baja kangkung dengan mencabut (rumput dan tumbuhan lain menggunakan tangan). Kangkung juga harus dsiram setiap pagi dan petang.
  2. Untuk kesuburan kangkung dan menjadikannya lebih besar serta tegap, bolehlah dibubuh baja sains pertanian formula 15-15-15 sekadar 1 sudu besar untuk keluasan kawasan 1  meter persegi, atau gunakan baja sayur yang ada dijual di pasar mengikut sukatannya. Selepas membubuh baja, kangkung mestilah disiram air. Jika tidak, kangkung boleh musnah kerana terlebih baja.
  3. Baja sains pertanian formula 15-15-15 perlu dibubuh setiap 10-15 hari. Elakkan dari membubuh baja tersebut, selama 5-7 hari sebelum dipetik.
Petik & Ambil Makan.
InsyaAllah kangkung sedia dipetik, diambil makan dan dimasak apabila umurnya melepasi 25 hingga 30 hari (tiga minggu insya Allah). والله أعلم

Selamat menjaga kesihatan dengan memakan sayuran tanaman sendiri

“Bertani Adalah satu Ibadah” -TGNA.





[1] Makalah ini buat sebagai kenangan kpd PM (Kangkung Turun HARGA)
[2] Tahi lembu kering atau tahi kambing hancur, daun-daun kayu hancur, sisa bakaran sampah yang bukan kaca, plastik dan besi (plastik dan kaca boleh merosakkan tanah tanaman)
[3] Maknanya tanah yang telah digemburkan memerlukan pancaran cahaya mata hari terlebih dahulu.